Cara Pengiraan & Penjimatan RPGT

CARA PENGIRAAN & PENJIMATAN RPGT

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

"REAL Property Gain Tax". Iaitu Cukai Keuntungan Harta Tanah


"Newbie kena ambil tahu info ini sebelum berniat mahu menjual hartanah di bawah 5 tahun pemilikan.."


Sebenarnya masih ramai yang masih keliru dengan maksud dan kiraan RPGT. Disini diterangkn info pemahaman lebih lanjut. Harap dapat membantu.
.
.
.

Apa Itu RPGT?

RPGT adalah singkatan bagi "REAL Property Gain Tax". Iaitu Cukai Keuntungan Harta Tanah.

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah iaitu rumah, ladang, tanah kosong dan lain-lain.

Cukai ini bukanlah dikenakan terus kepada keuntungan selepas jualan 'BULAT-BULAT'.

Ada beberapa faktor kos yang dapat mengurangkan cukai bagi penjualan hartanah.

Antaranya:-

√ Profesional Fee Ejen - Real Estate Agent

√ Urusan Guaman - Legal Firm

√ Jurunilai - Valuer

√ Juruukur - Surveyor

√ Akauntan - Accountant

√ Kos Pindahmilik

√ Duti Setem - Stamp Duty

√ Kos Pemasaran & Pengiklanan

√ Kos Pemulihan / Penambahbaikan

√ Kos Naiktaraf Hartanah

√ Lain-Lain Kos Sampingan
.
.
.

Tambahan;

● Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah antara ahli-ahli keluarga (contoh: suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak dan datuk dan nenek dan cucu-cucu)

● 10% daripada keuntungan ATAU RM10,000 bagi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tidak akan dikenakan cukai.

● Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah kediaman 1x sekali sahaja dalam seumur hidup.


Contoh Kiraan Cukai Dari Hasil Jualan Harta Tanah
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖



Harga jual (RM_________) — Harga beli (RM_________) = Hasil Untung / Rugi

Hasil x (__% RPGT) = RM________ (cukai perlu dibayar kepada LHDN)

RPGT = Keuntungan bersih yang dikenakan cukai (15% - 30%)
.
.
.

Contoh Pengiraan:-

Untung Jual: RM70,852 (Keuntungan Yang Dibenarkan)

RM70,852 x 10% (Pengecualian Cukai) = RM7,852

Hasil Untung Baki Bersih = RM63,766 (Keuntungan Yang Boleh Dikenakan Cukai)

**Contoh 30% Kadar Cukai

RM63,766 x 30% RPGT =

**RM19,130 Cukai Kena Bayar (RPGT)

**RM44,636 Baki Hasil Tolakan + RM7,852 10% Dikecualikan Cukai = 52,488 (Keuntungan Yang Diperolehi Selepas Dikenakan Cukai)
.
.
.

Rujukan Kadar Cukai Mengikut Tempoh Tahun Dari Tarikh Perjanjian Jual Beli
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖


Tahun — 1: 30%

Tahun ke 2: 30%

Tahun ke 3: 30%

Tahun ke 4: 20%

Tahun ke 5: 15%

Tahun ke 6: —

● Cukai ini dikuatkuasakan bermula sejak Januari 2014.

● Tujuan kerajaan mengenakan kenaikan cukai ini adalah terutamanya untuk mengurangkan aktiviti spekulasi atas harga perumahan dan pasaran harta tanah.

P/S: Disarankan membuat pengiraan perbelanjaan dengan lebih terperinci sebelum membuat transaksi jual beli.

P/P/S: Simpankan segala RESIT, DOKUMEN, INVOICE asal untuk bukti dan rujukan semasa memfailkan borang CKHT.

Info ini bermanfaat bagi anda?

LIKE + SHARE + TAG rakan atau orang tersayang. :)

============================
KaMarol Faizal @ FaiRealty Lelong
Subsale + Auction
www.P r o p w a l l z . c o m
www.E b a n k l e l o n g . c o m



Untuk Urusan Jual Beli Berkenaan Hartanah Yang Disenaraikan, Hubungi / SMS / WhatsApp +6 0 1 0 - 3 2 3 - 5 0 0 9